JellyPages.com

Saturday, April 20, 2019

Coretan Hati

Wow sumpah rindu nak mencoret cerita dekat blog...
Berapa tahun blog aku terabai since aku dah tak ada laptop sendiri...

Sumpah rindu !!

Terlalu banyak benda yang nak diceritakan sampai tak tahu nak mula dari mana kawww...

Btw, i miss my blog yooo !

First, of course nak cita ttg tempat keje. Unfortunately, time aku nak cerita tentang tmpt keje aku nie, Aku lagi berapa hari nak tinggal kan office tu 😊. Tak tau nak explain macam mana perasaan nie coz berapa tahun aku dekat company tu wey utk aku cuba bertahan sehingga last bulan 4 2019 ni. Maybe dah tak ada rezeki aku di sana, sesungguh nya perancangan Allah itu yang terbaik. Tapi dalam masa yang sama, terasa berat untuk meninggal kan kawan-kawan yang ada. Yang sanggup melayan kerenah aku, dgr maki hamun aku walaupn naik menyampah dgr apa aku maki kan tp still setia utk mendengar. Susah doh nak dapat membe office macam tu. Kalau bab keje plak, perghhhh....kalau jenis membantu tu, tak payah cakap la wey. Konfirm akan tlg kaw pye kalau kau tak tahu. Kalau nak cerita, terlalu banyak cerita yang berlaku...Bahagia, terkilan, marah tu tak payah cakap la tp satu benda yang buat aku rasa aku teruji ialah kesabaran aku. Tak sangka orang macam aku boleh bersabar lama macam ni HAHAHAHAHA.... Nak tau aku punya kesabaran di uji sebab apa ke ?? Aku rasa, biar jelah yang tahu itu tahu apa yg berlaku, yang tak tahu tu...tak perlu tahu lah kan..buat serabut je cerita pun, nanti hati aku pun sakit bila teringat kisah yang tak best. Hope aku akan lebih success lepas ni, maybe di tempat yang baru. Doakan aku ye !

2nd is tentang penjagaan anak. Tak tahu la kenapa, susah sangat nak jumpa orang yang boleh mengasuh anak aku and hantar anak aku pergi sekolah. Since aku mengandung anak ke dua, aku start mencari tapi entah lah, still tak jumpa. Maybe ada yang cakap aku tak berusaha bersungguh-sungguh tapi persoalan nye, orang yang pertikaikan tu. Nampak ke apa yang aku usahakan ? Then sapa kau ? utk aku bagi tahu setiap usaha yang aku laku kan...Come on, setiap orang mempunyai cara dan pendapat yang berbeza-beza. Maybe dari segi lain aku senang nak cari and peroleh tp dari segi pengasuh, perghhhh....rasa nak pecah kepala otak doh. Pernah sampai tak tidur dok fikirkan pasal anak ! Tapi alhamdulillah, bersalin anak ke dua aku, dalam pantang adk bongsu aku boleh tolong jagakan anak aku sampai la nanti dia dapat sambung belajar. Al maklumlah, tengah tunggu keputusan SPM. So alang-alang dia tak buat apa-apa dekat rumah, aku  pun minta la tolong dekat dia untuk jagakan anak aku. Yang best nya, dia sudi nak jaga anak aku weyyyyyy, pada hal, dia tak pernah pun pegang budak. Apatah lagi untuk menjaga anak aku !!! Tapi masa tu. aku yakin dengan dia yang dia boleh jaga anak aku walaupun masa tu, ramai yang pertikaikan kepercayaan dan keyakinan aku tapi aku tetap yakin. Finally, adk aku berjaya membuktikan dekat semua yang dia mampu jaga anak aku dengan sangat baik and sempurna ! Masa tu, tak terkata dia punya pengorbanan dia pada aku. Gembira and terharu konfirm la ada dalam hati aku. Cuma tak mampu nak luah kan, so aku belikan jelah apa yang dia nak, if masa tu aku mampu utk belikan tp kalau tak mampu, aku senyap kan je lah. Masalah nye pun, adk aku ni bukan jenis meminta...Jadi apa yang aku beli and kasi pada dia, dia ambil kan je sampai aku pula berat hati untuk melepaskan dia utk sambung belajar tp demi masa depan dia kan, so aku merelakan la dia and di gantikan oleh mak aku utk menjaga anak anak aku tp yang sedihnya, mak tak lama pun jaga anak anak aku di atas alasan yang tertentu.

3rd tentang se sedutlicious. Tau tak apa itu se sedutlicious ? Se SedutLicious tu ialah dadih yang aku jual. Aku bagi nama Se SedutLicious sebab nya sng, kau sedut je dadih tu..Sekali sedut pasti nak lagi ! Gituwwww 😜. Actually, bisnes ni aku buat untuk mak aku. Aku jalankan je tapi tula, mak aku plk tiba tiba ada hal yang nak di uruskan. So aku sorang-sorang la handle dadih nie. Bukan senang untuk mendapat sambutan tapi kalau ada usaha, aku yakin dan percaya yang aku boleh melakukan nya. InsyaAllah ! Maybe hari ni aku di bawah, di masa akan datang, mana tahu kan ! Btw, thanks pada kengkawan yang support aku and thanks juga dekat customer yang sudi merasa and nak lagi membeli se sedutlicious aku. Buat masa nie, alhamdulillah, yang dah merasa se sedutlicious, pasti puas hati 💓. Korang doakan bisnes aku berjalan dengan lancar la ye.

Ok la, sampai dekat sini la dulu aku berceritakan. Nak tulis pangjang-panjang tapi kene kacau pula. Hilang mood untuk berkarya HAHAHAHAHAH

Bye uollsss 😃

Sunday, September 7, 2014


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kpdnya
Malaikat utk menjagenye bila ku tiada...
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh...

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala y d takdir kn utk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakan mu
Terpkse ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu...

Ni sj lah waktu ku di dunia menjaga mu
Ku tambahakan satu doa untuk kamu

Tuesday, August 26, 2014

10 Ogos 2014


10 Ogos 2014...
4.26 petang...
Tarikh keramat buat aku bergelar seorang ibu...
Lahirnye seorang zuriat yg d amanahkan untuk ku...

Kini buat aku bertambah sedar
akan pengorbanan seorang ibu
dan kebesaran-Nya...

Terima kasih Ya Allah
kerna memberi aku peluang menjadi seorg ibu
kepada anakku...
dan memberikan aku kasih sayang dr seorg ibu y tak ternilai...

Monday, June 9, 2014

K A W A N

Tuhan telah menentukan segala-galanya
Dia tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya
dan Dia juga telah memberikan satu pertalian
iaitu persahabatan...

Setiap insan perlukan seorg teman
Untuk melepaskan segala kebosanan dan kesunyian
walaupun kita telah ada pasangan...

Kawan bukan utk d lawan
tapi untuk menjadi teman d kala kesusahan dan kesenangan
Namun tidak semua insan memiliki insan y bergelar kawan
kerna manusia lebih gemar kawan makan kawan
tapi tidak bagi ku...

Kini aku sedar aku mempunyai seorg kwn
Kawan d kala susah dan senang...

Terima kasih Ya Allah
Kerna Engkau telah mengutuskan seorg insan
yg bergelar kawan kpd ku....

Anugerah


Sungguh besar Kuasa-Mu
Memberi "anugerah" yang tidak terperi
Kesakitan yang di balas dgn kebahgiaan...
Setelah melihat "anugerah" yang terindah...
Matanya ,  Senyumannya , Tangisannya dan segala2 ttg dirinya...

Sungguh membahgiakan
dan aku percaya
bahawa ini adalah satu "anugerah" yang terindah
tanpa dapat d ungkap dgn kata2
bg setiap insan y bergelar ibu...

Dan suatu hari nanti
aku akan rasa apa y ibu-ibu d dunia ini telah alami...
setelah d beri keizinan drpd-Nya
utk mendapatkan "anugerah" y terindah....

Ya Allah,
permudahkanlah urusanku
andai aku melahirkan seorg insan dgn keizinan-Mu
dan Engkau berkatilah kami d atas muka bumi ini
setelah Engkau memberi nyawa kepada kami...
untuk terus bernafas d atas muka bumi ini...
dan sesungguhnya kami hanya insan biasa...