JellyPages.com

Wednesday, November 13, 2013

SENYUM dan katakanlah Alhamdulillah

SENYUM dan katakanlah ALHAMDULILLAH
Kerna Allah masih izinkan kite
Untuk bersama-sama orang y tersayang
Especially Our Family...

Tanpa mereka mgkn kite tdk akan berada d sini
Dan tanpa mereka mgkn kite jgk tdk akan terus tempuhi dunie nie...

Di kala kite mengalami kesusahan
Percaya lah...
Bahawa mereka sentiasa d sisi !

So for today or anytime
We should appreciate them... :D

Alam Fana


Pokok bergoyang seolah-olah melambai-lambai ke arah ku...
Aku terus memerhati & memerhati setiap perinci
Sambil melihat 1 per 1 daun y tersegam indah kehijaun mula jatuh di atas muka bumi...
Seperti 1 per 1 tnda tnye y bermen di fikiran ku ini
Di saat aku sendiri kurang pasti....
Setiap tanda tanya y aku miliki.....

Sambil aku terus dan terus memerhati,
Datang nya sepasang burung tanpa d undang...
Seolah-olah cuba utk memahami 
dan menemani aku d sini...

Keadaan sekeliling mule terasa sedikit kemeriahan
Kerna suara merdu burung menyanyi
Seperti ingin menghilangkan rasa sunyi d hati ku ini
Agar aku ada rasa sedikit riang di sudut hati kecil ku ini
Sambil ku menenangkan diri ku di sini
Yang di temani alam fana y tersegam indah ini...




Friday, November 1, 2013

PEMEGANG EMAS KANCING TAPAH



EMAS KANCING TAPAH.




PUAN HAJJAH ASMAH BT PANDAK LOGAM BIN PANDAK DEMAT.

Untuk makluman tuan puan pemegang atau penyimpan emas tapah (Emas Kancing) puan Hajjah Asmah berada dirumah anak saudaranya kerana telah uzur dan ketika ini beliau menyatakan berusia awal 90 tahun berbanding encik Ahmad yang berpangkat anak saudara beliau yang berumur 85 tahun dan kedua-duanya  didalam jurai Pandak Demat. Kunjungan ke  kediaman anak saudara Hajjah Asmah dilakukan pada 13/2/2011 Ahad di Selayang. Encik Ahmad adalah anak nombor 2 kepada Anjang Jariah (Anjang Jariah dan Hajjah Asmah adalah adik beradik sedatuk (sepupu) dan disebelahnya adalah encik Daud bin Tuan Haji Sulaiman iaitu anak kepada pemegang emas berkenaan sebelum ini (Tuan Haji Sulaiman bin Pandak logam). Waris mereka di Kampung Tua masih menyimpan air rendaman emas tapah dan pesanan beliau sesiapa pihak waris Tok Kadok yang terkena sumpahan ikan tapah masih boleh mengambil air rendaman tersebut yang disediakan dikampong.Beliau merasakan amat rindu kepada rumah dan kampong halaman di bt 16 tapi apakan daya usia dan kesihatan adalah penghalang kepada tujuan dan hasrat tersebut.Semoga puan Hajjah Asmah sihat selalu dan dalam lindungan Allah jua.


Gambar Puan Hajjah Hasmah beberapa tahun yang lalu. 



Rumah Hajjah Hasmah di Kg Tua Bt 16 Lambor Kanan.

SUMPAHAN IKAN TAPAH - TOK KADOK



 

IKAN TAPAH

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya." LAPAS SUMPAHAN TOK KADOK.


Si Kaduk anak Raja Siak Inderapura

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya

Ayam Biring Si Kunani

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam

Penyabungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya

Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan

Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan tali dari batang bemban lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:


"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya."

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa

Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.


Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang(emas kancing) Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Tok Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam atau waris-waris terdekat.


Mengikut salah seorang keturunan Tok Kaduk ini terdapat salasilah keturunannya yang masih disimpan oleh para waris tersebut iaitu salasilah yang dipanggil Moyang Empat Datuk Lapan.

Ulasan 1 : Sesetengah cerita mengatakan Tok Kadok adalah anak Raja Siak dan penyabungan ayam tersebut dengan Raja dizaman itu dan nama beliau adalah Tok Kadok bin Kojak - Sultan Khoja Ahmad (sultan siak Inderapura). Sehingga kini belum ada bukti kaitan tentangnya dan pihak waris-waris serta anak cucunya sedang berusaha untuk mengesan salasilah keturunan dari Tok Kadok ini.Dikhabarkan makam Tok Kadok berada di perkarangan Istana DiRaja Siak Inderapura. Wallahualam.







Catatan ini dipetik dari sebuah laman web Kg Tua bt 16 (kalau tak silap penulis) tetapi laman tersebut telah ditutup.


Pandangan 1 dari Daeng :

Saya pernah dengar cerita ni agak lama, apa yang saya masih ingat, nama sebenarnya hanya Kadok bin kojak. Sultan Kojak agak malu dengan perangai kadok zaman itu lalu memutuskan silaturahim sebagai anak dan bapa dan sebelum dia meninggal atau pergi kalau tidak silap , dia minta bantuan sultan muqadam untuk tunjuk jalan yang benar kepada pak kadok dan itulah sultan yang bermain laga ayam dgn Pak kadok. Tapi jika tidak silap sultan muqadam juga yang mengambil sebagai org besar 16 kerana kesian dimasa kadok telah insaf teramat-ramat hingga tarafnya menjadi keramat. Tapi lebih baik saudara Aisbatu rujuk kisah org ditapah sebab jika tidak silap saya perkara ni pernah dibukukan dan disahkan oleh beberapa pihak.. lagi seperkara, siapa yang pegang emas tapah layak tuntut hak jadi org besar 16 sebab bukti keturunan pak kadok. Itu sahaja yang saya masih ingat.

Pandangan 2 dari tiada bernama :

Pak kadok tidak silap saya ialah anak kepada Pak khoja atau Sultan Khoja Ahmad (Sultan Siak) bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim (Sultan Siak).tapah pula ialah tempat dimana ikan tapah besar berisi emas dijumpai. Saya tidak berapa ingat mengenai Sultan Khoja Ahmad tetapi boleh rujuk dalam buku cempaka sari.Cerita Tok Kadok juga berlaku pada zaman Sultan Muqaddam Shah sekitar tahun 1603 - 1619.



* copy paste bout asal usul sumpahan Ikan Tapah utk Keterunan y tertentu *

Tuesday, October 29, 2013


Jenuh aku melihat sekeliling
Berulang kali aku meneliti
Dan cuba utk mengusai
Namun masih gagal ku tempuhi...



Jauh d sudut kecil hati ku ini
Memikirkan apa y bakal terjadi...
Sambil aku duduk d bucu kotak ini
tapi tiada jawapan y mampu aku perolehi...



Sambil aku memerhati setiap bucu kotak y ku duduki
Minda pula cuba utk menguasai
agar setiap tanda tanya d minda ini
mempunyai jawapan y tersndri...



Aku tak pasti sama ada jawapan mampu aku perolehi
atau tnda tnya akan terus aku miliki...
Kerna tiang bucu yg lama ku tenungi,
Sentiasa tegak berdiri 
tnpa memberi ruang utk aku terus mencari 
d mana bucu yg patut ku pilihi
kerna setiap bucu mempunyai satu misteri
misteri y aku tdk pernah pasty
sprt jwpn y aku cari selama ini...

Thursday, October 10, 2013

d mana kemampuan diri



aku terduduk
terduduk memandang dinding
dan cuba utk menembusi dinding 
tp tak ada keyakinan diri
bukan kerna ingin merendah diri 
tp kerna aku sndiri belum pasty
d mana kemampuan diri ku ini...

aku berdiri
berdiri di atas kaki sendiri
cuba utk mengimbangi tubuh ku ini
tapi aku tiada kekuatan lagi
dan aku terus mencari
d mana kekuatan diri ini
agar aku akan tetap terus berdiri d atas kaki sndiri
menghadapi hari hari yang akan mendatang 
dgn penuh kekuatan dlm diri

Monday, July 1, 2013

J O B

Job Job Job . . .
Terlalu mendalam istilah Job buat aku
Mgkn sbb pengalaman mengajar aku erti kehidupan d bidang kerjaya
Tp itu tk mampu mematahkan semangat aku utk terus mencari kerjaya....

Tak tahu lah, kali ke berape aku kerja
tapi yang pasti aku akan cuba y terbekkkk
utk diri aku dan keluarga aku...

Orang selalu cakap...
" Mak dan Ayah mana yang nk tgk anak menghadapi kesusahan"
dan bila ku pk kan blk , memg betul....
Setiap paretns pasty nk kan y terbekkk buat anak2 mereka


So macam e2 jugak lah aku...cuma aku sbg anak 
Yang sentiasa cuba membalas jasa mereka terhadap aku
Kerna aku pn nk bagi kebahgian kepada kedua2 ibu bapa aku
Cuma aku masih tk berkemampuan...

Aku teringin buat macam2 benda buat mereka 
tp tk psty bila impian itu akan tercapai

Aku percaya dan yakin , bukan aku sorg sahaja impikan smue kebahgian e2
psty de rakan2 y lain pn mempunyai impian y same 
cuma mgkn cara sahaja y berbeza...

Kini dan selama2nya aku sentiasa berdoa kepada-Nya
Agar aku dapat memberikan kebahgian buat kedua2 ibu bapa ku sampai bila2

#Aku sentiasa menanti impian akan menjadi kenyataan :)

Tidak pasti

andai d beri pilihan
kite pasty pilih y terbekkkk buat diri kite
tp utk membuat pilihan itu tk semudah y kite sngke....

kdang2 diri kite tersepit d tengah2
tk psty sama ada utk memilih A atau pn B
krena perasaan tkt mula menguasai hati dan minda

takut...
takut tersalah pilih
dan tk ingin menyesal d kemudian hari

tp kite manusia biasa....
y hnya mampu cuba y terbekkkk
cuma tdk psty
d mana persimpangan y harus d pergiiiiii ....

Thursday, June 27, 2013

Novel VS Realiti

Novel . . . 

Ramai yang tahu novel sesuatu perkara yang di minati 
terutamanye kaum hawa 
yang suka dan rancak membaca , 
sambil d buai mimpi dan angan2 , 
serta tersemat emosi suka dan duka ketika membaca...

Novel . . .

Kita tahu d mana boleh d jadi kan permulaan cerita
dan d mana pengakhiran cerita 
tapi kehidupan kite , jauh tak pasty
tak berani nak berkata2
d mana permulaan kehidupan kita 
dan tak pasty d mana pengakhiran kite . . . 

Di dalam novel ... 
cerita penuh dengan onak duri ranjau kehidupan
begitu juga kehidupan tapi kehidupan lebih perit utk d hadapi
perlukan sesuatu kekuatan utk menghadapi segala2 dugaan yang d beri
agar terus tabah utk menempuhi hari hari yang akan mendatang....

Mungkin mudah utk d ceritakan 
tapi sukar utk d lafaz kan.....

Kerna perasaan sesuatu perkara yang sukar d gambarkan dan d jangka . . .
Kita mungkin melihat seseorang mengalirkan air mata
tetapi kita sendiri tidak pasty dia gembira atau berduka....

So mungkin mudah utk bercerita seperti sebuah cerita yang terpampang d depan mata
tapi sukar utk d tafsir kan d alam yang nyata :)

# Bertapa hebat-Nya ciptaan Tuhan terhadap kita . . .